Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga sekeluarga hilang tempat berteduh, rumah sementara musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Tiga sekeluarga hilang tempat berteduh, rumah sementara musnah terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

SARIKEI: Sebuah rumah sementara di belakang Rumah Lingga, Jalan Selangau musnah terbakar di sini, pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.11 pagi. 

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP Sarikei diketuai Peter Jinang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah sementara di belakang rumah panjang baharu uang masih dalam pembinaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Rumah sementara ini, menurutnya, didiami oleh tiga sekeluarga. 

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam menggunakan dua unit alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi. 

“Pasukan bomba hanya menjalankan pemadaman sisa-sisa kebakaran di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca-punca api,” katanya. 

Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 10.12 pagi. 

 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Blok rumah pekerja 40 pintu musnah dalam kebakaran
Next: Enam rumah terjejas dalam kebakaran di Kenyalang Park

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.