TANJUNG MANIS: Sebuah stor persendirian di alamat rumah pekerja Tanjung Manis Resources (TMR) musnah dalam kebakaran, pagi semalam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.09 pagi.
” Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diketuai oleh komander operasi, PBK II Irwan Abdul bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya dilokasi, komander operasi melaporkan kebakaran tersebut memusnahkan sepenuhnya stor milik persendirian tersebut telah sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan, petang semalam.
Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sendiri oleh pasukan Respons Kecemasan (ERT) Tanjung Manis Resources.
“Stor tersebut menyimpan perkakasan mesin rumput, stok minyak dan lain-lain. Kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa.
“Pasukan bomba yang tiba hanya membuat kerja-kerja ‘overhoul’ bagi memastikan tiada lagi sebarang kebakaran di lokasi.
“Operasi ditamatkan setelah api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.43 pagi,” ujarnya.