Stor barangan runcit musnah dalam kebakaran awal pagi

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba bertugas memadamkan kebakaran stor penyimpanan barangan runcit pada awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

TANJUNG MANIS: Sebuah stor penyimpanan barangan runcit di Kampung Cina Belawai musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pada 3.34 pagi.

PASUKAN bomba bertugas memadamkan kebakaran stor penyimpanan barangan runcit pada awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

“Lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Alban Gayan Lembang segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan stor  barangan runcit berkeluasan anggaran 9.14 x 9.14 meter,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PASUKAN bomba bertugas memadamkan kebakaran stor penyimpanan barangan runcit pada awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

Katanya, operasi pemadaman segera dijalankan dengan menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.

“Tindakan operasi melibatkan penggunaan satu aliran, dua nozel dan 91.44 meter hos dengan sumber air daripada pili bomba sehingga api berjaya dipadamkan.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.16 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 5.24 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

“Kebakaran mengakibatan stor penyimpanan barangan runcit tersebut terbakar 100 peratus,” katanya.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis