KUCHING, 23 Oktober: Dua kawasan di Sarawak, iaitu Sri Aman dan Lubok Antu, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.
Berdasarkan status IPU yang dikeluarkan pada 23 Oktober, Lubok Antu mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 156, diikuti Sri Aman dengan 151.
Tebedu turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pada 101, manakala 16 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana atau baik.
Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Serian (93), Samarahan (85), Sibu (85), Sarikei (73), Bintulu (72), Kuching (71), Kapit (71), Samalaju (71), Kanowit (69), Mukah (65), Miri (61), Limbang (59), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (57), Lundu (79) dan Lawas (77).
Sementara itu, Bario mencatatkan IPU 50, sekali gus berada pada tahap baik.
IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan, khususnya bagi golongan berisiko tinggi serta individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam daripada parameter pencemaran udara yang dominan.




