Sri Aman destinasi kesembilan Acara Larian Baton SUKMA, Para SUKMA XXI Sarawak hari ini

Facebook
WhatsApp
LARIAN Baton SUKMA diketuai ikon sukan kelahiran Sri Aman iaitu Abang Yahya Abang Sulaiman dan juga John Ali. Kira-kira 500 orang pelari berlari sepanjang 3.3 km di sekitar Bandar Simanggang

SIMANGGANG: Bahagian Sri Aman menjadi destinasi kesembilan bagi acara Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Tebingan Sungai Batang Lupar, hari ini.

Cuaca yang mengizinkan telah memudahkan para peserta memulakan larian sekitar 7.15 pagi sejurus selesai aktiviti senamrobik perdana.

Seperti destinasi-destinasi sebelum ini, seramai 500 pelari dari pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pelajar telah berlari dengan jarak sepanjang 3.3 kilometer (km) yang diketuai oleh ikon sukan kelahiran Sri Aman sendiri iaitu Abang Yahya Abang Sulaiman yang merupakan bekas atlet SUKMA dalam sukan bola sepak dan juga John Ali.

DATUK Francis Harden melakukan pelepasan Acara Larian Baton SUKMA.
 

Bagi simbolik acara lepas mula larian pula telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis bersama tetamu kenamaan yang lain.

Terdahulu, tetamu-tetamu kehormat turut serta dalam acara senamrobik perdana yang berlangsung di Tebingan Sungai Batang Lupar di sini bersama kesemua pelari yang terlibat.

Selepas ini, larian baton ini akan memasuki Serian, Kota Samarahan dan melabuh tirai di Tebingan Kuching pada 23 Jun ini.

Untuk rekod, Bahagian Sri Aman akan menjadi tuan rumah bagi acara tinju.

Turut hadir ialah ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi dan Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak, Datu Hii Chang Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan turut hadir.

Oleh Adi Safarman

Sarawak anjur IDECS 2026 Oktober ini

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat