Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SPAN saran langkah tangani isu pusat data
  • SEMASA

SPAN saran langkah tangani isu pusat data

Utusan Sarawak 4 months ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan agar kerajaan membangunkan pusat data bagi menjamin bekalan air yang berterusan dan lestari di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, SPAN memaklumkan pembangunan pusat data secara teratur dan lestari yang mengambil kira aspek penyahkarbonan dalam mencapai sasaran sifar bersihdapat menjamin perkembangan ekonomi serta kesejahteraan negara pada masa hadapan.

“Pusat data termasuk pusat data berskala besar telah mula dibangunkan secara pesat berikutan perkembangan ekonomi digital serta teknologi tinggi selaras dengan pembangunan aplikasi 5G, kecerdasan buatan (AI), penyimpanan awan, perlombongan BitCoin, perbankan digital atau komersial dan sebagainya,” menurut kenyataan SPAN.

Kenyataan itu memaklumkan trend ketersediaan sumber air sedang mengalami perubahan ketara akibat perubahan iklim sehingga memberi tekanan kepada keseluruhan operasi pembekalan air bersih oleh operator.

Susulan itu, SPAN mencadangkan pembangunan pusat data perlu mengambil kira faktor ketersediaan sumber air mentah di kawasan pembangunan, pengurangan kebergantungan kepada bekalan air terawat dan kebolehlaksanaan penggunaan sumber air alternatif serta ketersediaan infrastruktur sistem bekalan air dan pelaburan yang berkaitan.

SPAN dalam kenyataan itu turut mencadangkan beberapa langkah jangka panjang bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air dalam kalangan pemaju pusat data bagi tempoh lima tahun, antaranya penggunaan air pulih guna, teknologi penyejukan efisyen dan sistem pengumpulan air hujan.

Bagi menguruskan permintaan bekalan air antara pengguna domestik dan pusat data, SPAN menyarankan agar kerajaan melaksanakan beberapa dasar secara bekerjasama dengan pelbagai agensi.

Antara dasar yang dicadangkan ialah Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan dasar pengoperasian pusat data secara mampan, kerajaan negeri perlu memastikan kecukupan sumber air mentah sebelum meluluskan pembangunan pusat data, serta operator bekalan air perlu melakukan perancangan pembangunan infrastruktur air bagi memastikan bekalan air mencukupi kepada semua pengguna.

“Dengan langkah-langkah ini, pusat data dapat mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan keberkesanan operasi mereka,” menurut kenyataan itu.

SPAN memaklumkan pihaknya sedang meneliti segenap aspek serta dalam proses pembangunan mekanisme serta penetapan peraturan berkaitan dan akan dikongsikan setelah dimuktamadkan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadiri majlis pembukaan Tahunan Perundangan Syariah Sarawak 2025
Next: SSPA: Kerajaan komited pastikan tiada mana-mana skim sektor awam dipinggirkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.