Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SPA buka pusat temu duga di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

SPA buka pusat temu duga di Sibu

Utusan Sarawak 4 months ago
SIMBOLIK… Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus (kiri) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian pembukaan Pusat Temuduga SPA Sibu.

SIBU: Pusat Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sibu yang baharu dirasmikan hari ini merupakan salah satu daripada tiga pusat temu duga di Sarawak, selain di Kuching dan Miri.

Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, pusat ini diwujudkan bagi memudahkan calon dari kawasan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit menjalani temu duga dengan lebih efisien, sekali gus menjimatkan masa dan kos, terutama bagi penduduk kawasan pedalaman.

“Pusat ini telah mula beroperasi sejak 18 November 2024 di Lot 146, Aras 4, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu, menggantikan lokasi lama di premis swasta.

LAWAT… Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus (dua, kanan) bersama tetamu kehormat yang lain semasa melawat Pusat Temuduga SPA Sibu selepas selesai majlis perasmian.

“Ia kini menjadi sebahagian daripada lapan pusat temu duga SPA yang ditempatkan di UTC seluruh negara,” katanya pada majlis perasmian pusat tersebut.

Beliau berkata, pusat ini merupakan salah satu daripada 17 pusat temu duga SPA di seluruh negara yang mampu menampung sehingga 200 calon sehari.

“Pusat ini berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop center) yang menawarkan kemudahan seperti komputer dan talian internet untuk ujian Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), ujian psikometrik, serta konsultasi berkaitan sistem SPA9,” katanya.

Selain itu, pusat ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kaunter perkhidmatan untuk Sarawak Service Centre (SSC), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Sarawak Energy Berhad (SEB), dan Lembaga Air Sibu (SWB).

“Calon-calon juga dapat menggunakan kemudahan tambahan seperti klinik kesihatan, kedai serbaneka, kedai percetakan, restoran, dan medan selera,” jelasnya.

Menurut Ahmad Jailani, reka bentuk pusat ini mengambil kira elemen 5S iaitu keselamatan, strategi, keselesaan, sokongan dan perkhidmatan.

“Ia mengambil kira kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana semua kemudahan ini ada disediakan di UTC ini.

“SPA juga sedang menilai kemungkinan membuka pusat temu duga di Pulau Pinang pada masa akan datang,” tambahnya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 546 penerima terima sumbangan TBC
Next: Pelaksanaan kerja kecemasan atasi masalah banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.