Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SOGWA hulur bantuan kepada mangsa kebakaran
  • TEMPATAN

SOGWA hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 5 years ago
BANTUAN… Mangsa kebakaran rumah panjang Long Balau menerima sumbangan bantuan daripada tiga pertubuhan yang diketuai oleh Presiden SOGWA Tedung Chakaw.

MIRI: Persatuan Pekerja Minyak dan Gas Sarawak (SOGWA) bersama dua Kelab Pancuan Empat Roda (4WD) Limbang dan Lawas hulur bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Long Balau Baram.

Penyerahan bantuan itu telah diketuai oleh Presiden SOGWA Tedung Chakaw bersama ahli-ahli dari tiga pertubuhan pada petang semalam.
Rumah panjang Long Balau yang terletak di Ulu Baram telah musnah dalam kebakaran pada tengah malam 4 November lepas.

Dalam kejadian kira- kira jam 12.00 tengah malam itu, lapan keluarga membabitkan 25 penghuni rumah panjang 23 pintu itu hilang tempat tinggal.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa kebanyakan penghuninya sedang tidur, bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.

Kampung yang terletak berdekatan dengan kampung Long Seridan ini mengambil masa selama sembilan jam perjalanan menggunakan 4WD jalan darat dari Miri dan tiga jam dari Limbang.

Long Balau adalah sebuah rumah panjang kaum Penan di Ulu Baram dan di bawah pentadbiran Daerah Kecil Bario.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Bantuan kebajikan rakyat diperkasa
Next: Wakil rakyat Orang Ulu terus sokong GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.