Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad AS cergas sepenuhnya, siap hadapi cabaran sukar Paraguay – Pochettino
  • SUKAN

Skuad AS cergas sepenuhnya, siap hadapi cabaran sukar Paraguay – Pochettino

Utusan Sarawak 5 hours ago
JURULATIH pasukan Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino, bercakap dalam sidang media di Stadium Los Angeles, Los Angeles, sehari sebelum perlawanan bola sepak Piala Dunia 2026 antara Amerika Syarikat dan Paraguay. Foto AFP

LOS ANGELES: Ketua jurulatih Amerika Syarikat (AS) Mauricio Pochettino berkata perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Paraguay hari ini dijangka menjadi aksi yang sangat sukar, sambil mengesahkan kesemua 26 pemain sedia untuk dipilih dalam saingan Kumpulan D di Stadium Los Angeles, lapor Xinhua.

“Jangkaan saya ialah ianya menjadi perlawanan yang sangat sukar,” kata Pochettino pada sidang media praperlawanan.

“Ia akan menjadi sukar kerana Paraguay bukan sahaja kompetitif dan agresif, malah memiliki pemain berkualiti serta jurulatih hebat dalam diri Gustavo Alfaro, yang melakukan tugas dengan cemerlang dan amat saya hormati serta kagumi,” katanya.

Pengendali dari Argentina berusia 54 tahun itu, yang dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki kebangsaan AS pada Ogos 2024, berkata pemain pertahanan Chris Richards sudah pulih daripada kecederaan buku lali dan boleh disenaraikan dalam skuad perlawanan.

“Kami menyambut baik hakikat bahawa kami bersedia memulakan pertandingan dengan kesemua 26 pemain tersedia untuk dipilih,” kata Pochettino.

“Chris sedia untuk dipilih dan kami akan membuat keputusan sama ada beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama atau bermula di bangku simpanan.”

Menurut Pochettino, beliau sudah memutuskan kesebelasan utama pasukannya, namun enggan mendedahkan sama ada Matt Turner atau Matt Freese akan diturunkan sebagai penjaga gol utama.

Pochettino berkata pasukannya perlu bermain dengan penuh semangat bagi mewujudkan hubungan dengan penyokong tuan rumah serta membina momentum.

“Saya fikir semangat itu boleh berjangkit dan kami perlu bermain dengan penuh semangat,” katanya.

“Kami perlu memenangi perlawanan, jadi penting untuk bermain dengan penuh semangat dan membuatkan peminat berasa bangga dengan apa yang mereka saksikan di atas padang.”

AS membuat penampilan ke-12 dalam Piala Dunia FIFA dan bertindak sebagai penganjur bersama kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan itu bersama Kanada dan Mexico.

Skuad kali ini diterajui penyerang AC Milan Christian Pulisic dan pemain tengah Juventus Weston McKennie. Pemain tengah menyerang Gio Reyna, yang baru menyertai Borussia Monchengladbach, turut disenaraikan.

Selepas aksi pembukaan menentang Paraguay hari ini, AS akan berdepan Australia di Seattle pada 19 Jun sebelum kembali ke Los Angeles untuk bertemu Turkiye pada 25 Jun. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Cabaran Malaysia di Terbuka Australia berakhir
Next: Pemain Jerman ragu-ragu terhadap lagu Piala Dunia ciptaan AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.