Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SK Nanga Pakan platform PBL 48 sekolah seluruh Sarawak
  • SEMASA

SK Nanga Pakan platform PBL 48 sekolah seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK ALBUM… Penasihat Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom bergambar bersama hadirin di Fiesta Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 2.0. 

PAKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pakan bertukar wajah menjadi pusat ledakan kreativiti dan inovasi apabila 48 sekolah dari seluruh Sarawak berhimpun dalam Fiesta Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 2.0 yang berlangsung meriah selama dua hari mulai 26 hingga 27 Mac lalu.

Lebih menarik, 11 daripada sekolah yang bertanding merupakan wakil jemputan dari daerah luar seperti Daro, Kanowit, Meradong, Saratok, Sarikei dan Sibu. 

Ia sekali gus menjadikan pertandingan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) tahun ini lebih sengit dan berwarna-warni dengan pelbagai idea luar kotak.

Penasihat Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, fiesta ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi pentas memupuk nilai-nilai penting abad ke-21 seperti kreativiti, kolaborasi, komunikasi dan pemikiran kritis dalam kalangan murid, guru dan komuniti setempat. 

“Pelbagai pameran interaktif dan aktiviti menarik turut disusun bagi memberi pengalaman bermakna kepada para pengunjung.

“Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau atas usaha menganjurkan program yang bermanfaat ini.

“Sesungguhnya tanpa perancangan teliti dan usaha gigih, program ini tidak mungkin dapat dijayakan sebegini meriah,” katanya.

Tambahnya, program sebegini menjadi ruang terbaik untuk beliau mendekati warga pendidikan serta melihat sendiri pelaksanaan dasar dan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) di peringkat akar umbi.

Fiesta TS25 turut menjadi platform penting dalam menyampaikan mesej dan usaha KPM untuk meningkatkan kualiti murid dan sekolah, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Oleh Earl Anek 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RM38 juta angkut gula ke Sarawak
Next: ASEAN sedia bantu Myanmar, Thailand dalam usaha tindak balas bencana – Menteri Luar Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.