Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem perparitan sekitar 1970-an dinaik taraf
  • Tengah
  • WILAYAH

Sistem perparitan sekitar 1970-an dinaik taraf

Utusan Sarawak 5 months ago
UNTUK RAKYAT…. Tiang menyaksikan penyerahan projek RTP kepada MPS. Turut kelihatan Arni Aweng (tiga kiri) mewakili Haiyatun Enterprise, petang semalam.

SIBU: Semua sistem perparitan di lorong belakang perumahan Taman Rejang yang dibina sekitar 1970-an akan dibaiki dan dinaik taraf dengan membina parit lebih dalam serta lebar.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, usaha itu diharap dapat mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan terbabit. 

“Kita akan membina parit lebih dalam kerana sistem perparitan yang dibina pada 1970-an amat cetek dan menyebabkan air mengalir kurang lancar.

“Dengan perubahan iklim yang berlaku, kita menerima taburan hujan lebih tinggi. Oleh itu, kita perlu membina parit lebih dalam dan lebar selain membina parit tertutup agar boleh digunakan oleh penduduk sebagai laluan mereka,” katanya kepada pemberita, semalam.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu menyaksikan penyerahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) oleh kontrakor kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bagi projek perparitan di Lorong Rejang Park 3 dan 4.

Menurutnya, projek RTP dengan kos RM300,000 itu merupakan salah satu projek penting di Taman Rejang berjaya disiapkan oleh kontraktor dalam masa dua bulan sahaja.

“Kontrak projek adalah selama enam bulan tetapi kontraktor berjaya menyiapkannya dalam tempoh dua bulan sahaja. Mereka bermula pada September dan kini sudah siap.

“Objektif RTP adalah menaik taraf sistem perparitan di lorong belakang perumahan di Lorong Rejang Park 3 dan 4,” katanya.

Beliau memberitahu, projek RTP kawasan Taman Rejang kebanyakannya melibatkan kerja-kerja membaiki dan menaik taraf sistem perparitan.

“Ini kerana sistem perparitan itu dibina pada 1970-an dan sudah tiba masanya untuk kita baiki atau naik taraf. 

“Beri saya sedikit masa dan kita akan naik taraf semua sistem perparitan ini. Dengan itu masalah banjir kilat di Taman Rejang mungkin dapat dikurangkan,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jackson yang hilang sejak 9 hari lalu, ditemukan meninggal dunia
Next: Peruntuk RM750,000 bina baharu bangunan pasar berusia 40 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.