Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sisa tumpahan minyak di Sibu Jaya dibersihkan
  • WILAYAH

Sisa tumpahan minyak di Sibu Jaya dibersihkan

Utusan Sarawak 3 months ago
TINDAKAN PANTAS… Pasukan bomba membersihkan sisa tumpahan minyak di Jalan Eco Garden, Sibu Jaya hari ini. -Foto kredit BBP Sibu Jaya 

SIBU: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bertindak pantas membersihkan tumpahan minyak yang berlaku di Jalan Eco Garden, Sibu Jaya hari ini.

Menurut kenyataan BBP Sibu Jaya, tumpahan minyak itu berpunca daripada kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta milik orang awam.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat tumpahan minyak di atas jalan raya.

“Pasukan bertindak segera dengan menabur pasir bagi menutup minyak tersebut untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Dua anggota polis turut berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas sepanjang proses pembersihan dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

OLEH TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Seronok lawat Perpustakaan Awam BDA
Next: Kelab Belia Lestari teruja kongsi rezeki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.