Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sir Jeffrey Cheah Sunway Medical School mahu transformasi pendidikan perubatan
  • SEMASA

Sir Jeffrey Cheah Sunway Medical School mahu transformasi pendidikan perubatan

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tengah) bergambar bersama pelajar pelajar Program Doktor Perubatan (MD) pada Majlis Pelancaran Rasmi Sekolah Perubatan Sir Jeffrey Cheah Sunway di Universiti Sunway. Turut hadir Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah dan Presiden Universiti Sunway, Profesor Sibrandes Poppema. FOTO BERNAMA

PETALING JAYA: Landskap pendidikan perubatan di Malaysia kini mencapai satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran Sir Jeffrey Cheah Sunway Medical School di Universiti Sunway, iaitu satu inisiatif yang bertujuan membentuk profesional penjagaan kesihatan yang kompeten di peringkat global.

Majlis pelancarannya yang berlangsung malam tadi, disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disaksikan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah.

Zambry ketika berucap pada majlis itu berkata penubuhan fakulti perubatan baharu itu, selari dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan global.

“Ketika ini, kita menempatkan lebih 130,000 pelajar antarabangsa dari 140 negara. Melalui Education Malaysia Global Services, kita berhasrat untuk menambah bilangan ini dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang mesra dan berorientasikan kualiti.

“Dalam dunia yang sesetengah negara menutup pintu mereka, Malaysia pula membukanya. Kita ingin menawarkan tempat untuk belajar, tempat untuk merasa dimiliki, menyumbang dan berkembang. Itulah masa depan yang sedang kita bina melalui pendidikan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Universiti Sunway Profesor Sibrandes Poppema berkata pembukaan fakulti itu sebagai detik penting dalam misi universiti untuk melahirkan profesional perubatan, yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga beretika tinggi.

“Matlamat kami adalah untuk melahirkan doktor dan penyelidik yang bukan sahaja cemerlang dalam pengetahuan dan kemahiran klinikal, tetapi juga mampu memimpin dengan integriti, empati dan inovasi,” katanya.

Fakulti perubatan baharu ini susulan kepada penubuhan Pusat Bioperubatan Jeffrey Cheah (JCBC) di Cambridge, yang mengukuhkan lagi komitmen Sunway terhadap pendidikan dan penyelidikan bioperubatan bertaraf dunia.

Antara acara kemuncak pada pelancaran itu ialah Majlis Penyampaian Kot Putih untuk kohort pertama pelajar perubatan, dan mereka mengangkat Sumpah Hippocrates sebagai simbol rasmi kemasukan mereka ke dalam profesion perubatan.

Program Doktor Perubatan (MD) di Universiti Sunway menawarkan kurikulum berfokuskan masa hadapan, yang merangkumi latihan klinikal di Pusat Perubatan Sunway, sebuah hospital kuarterner swasta terkemuka.

Mahasiswa di fakulti itu akan memperoleh pengalaman langsung dalam penjagaan pesakit serta pendedahan daripada pasukan penjagaan kesihatan profesional dalaman.

Program ini turut mengintegrasikan teknologi kesihatan digital, perubatan kepersisan, Kecerdasan Buatan (AI) dan amalan penjagaan kesihatan lestari, bagi mempersiapkan pelajar menghadapi kerjaya perubatan berteraskan teknologi dan relevan di peringkat global.

Sir Jeffrey Cheah Sunway Medical School dijangka akan menjadi peneraju serantau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan inovasi perubatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan penyelesaian penjagaan kesihatan yang mampan dan berpaksikan komuniti di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ombak Festival kembali meriahkan Desaru Coast 12 Septermber ini
Next: Nanta nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.