Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Simply Tasty Bakery tampil menyalurkan bantuan
  • TEMPATAN

Simply Tasty Bakery tampil menyalurkan bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago

MUKAH: Sebuah kedai bakeri  di sini telah menderma barang makanan kepada yang memerlukan semalam.

Simply Tasty Bakery yang berlokasi di Bandar Baharu Mukah menyumbang 100 biji roti paun, 200 kuih muffin dan 5 kotak penutup mulut dan hidung.

Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah yang akan mengagihkannya semula kepada yang memerlukan.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh pemilik kedai berkenaan, Tang Ting Kiong dan isteri, Vanessa Goh kepada Pegawai Kebajikan Bahagian JKM Mukah, Haslinda Supu.

Juga kelihatan menyaksikan ialah Penghulu Henry Lee Liong Ing, Kapitan Ting Siew Leong, dan Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri Tellian(DUN 57 Tellian), Felix Pieng.

Justeru, Haslinda berharap lebih banyak lagi pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), mahupun orang ramai untuk tampil ke depan untuk membantu seperti itu.

“Pihak kami mengalu-alukan mana pihak yang ingin menyumbang untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Sama ada dari segi makanan harian, susu rumusan, lampin dan sebagainya. Kita akan menyalurkan semula kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

 Katanya, selain daripada senarai yang ada dengan kami dan melalui profil kampung atau penempatan masing-masing, mereka juga ada menerima panggilan daripada mereka yang memerlukan.

“Bantuan lain selain daripada bulanan, kita juga membantu menyalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan secara one-off (sekali sahaja), Justeru, kita sangat berharap lebih ramai lagi yang akan muncul ke depan untuk memberi bantuan barang harian seperti hari ini,” katanya lagi.

Continue Reading

Previous: JPBNS akur saranan rakyat
Next: Perniagaan dalam talian alternatif terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.