Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Simbolik penyerahan bendera, baju semarak semangat sukan
  • SUKAN

Simbolik penyerahan bendera, baju semarak semangat sukan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SELAMAT BERTANDING… Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama ahli-ahli Kelab Catur Cina Meradong.

BINTANGOR: Simbolik penyerahan bendera dan baju kepada tujuh wakil daripada Kelab Catur Cina Meradong yang akan bertanding di Kejohanan Catur Cina Sabah dan Sarawak 2025 menjadi simbol kesinambungan tradisi, semangat belia dan masa depan sukan minda di daerah ini.

Penyerahan bendera persatuan dan baju kepada enam peserta dan seorang pengurus pasukan tersebut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada semalam.
Kejohanan catur Cina dijadualkan bermula hari ini hingga 4 Mei 2025 di Imperial Hotel, Kuching.

Koung Hiing melahirkan perasaan gembira apabila melihat penyertaan belia tempatan dalam sukan catur kerana ini membuktikan bahawa bakat dan semangat daya saing ada dalam kalangan anak-anak Meradong.

“Saya memberi sokongan penuh kepada kontinjen ini dan berharap mereka akan membawa nama Meradong dengan penuh kebanggaan serta mencetuskan inspirasi kepada lebih ramai penyertaan belia pada masa akan datang.

“Penyertaan aktif dalam sukan minda seperti catur merupakan bukti kecergasan intelek dan daya fikir tinggi dalam kalangan belia, sejajar dengan usaha kerajaan membangunkan modal insan berkualiti,” katanya ketika ditemui media.

Selain mencungkil bakat baharu, kejohanan ini juga berperanan memperkenalkan sukan catur Cina kepada masyarakat umum dan menggalakkan penyertaan antara generasi dalam suasana penuh semangat kesukanan.

Turut hadir Pengerusi Kelab Catur Cina Meradong, Hii Seng Kee.
Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liga Europa harapan tunggal pulih maruah Man United
Next: Tarikh akhir penyerahan dokumen pelesenan kelab dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.