13 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat 9.00 pagi

Facebook
WhatsApp
KEADAAN jerebu menyelubungi beberapa kawasan di Sarawak berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada tahap tidak sihat, pagi ini.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Sri Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (175), Sibu (171), Sarikei (169), Bintulu (169) dan Samarahan (169).

Bacaan IPU tahap tidak sihat turut direkodkan di Mukah (161), Miri (159), Samalaju (159), Institut Latihan Perindustrian Miri (156), Limbang (153) dan Kapit (118).

Sementara itu,  sebanyak 45 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 menunjukan paras berbahaya. – Bernama

Kanowit catat IPU 244, Lubok Antu 205

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 244 pada 8.00 pagi ini, berada pada tahap