Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sifar toleransi terhadap sebarang bentuk keganasan terhadap wanita
  • TEMPATAN

Sifar toleransi terhadap sebarang bentuk keganasan terhadap wanita

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Rosey Yunus ketika diminta mengulas mengenai pandangan pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menerusi audio siar Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel.

KUCHING: “Wanita punya maruah. Kita tidak mahu diperalatkan.”

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata demikian kepada Utusan Sarawak ketika diminta mengulas mengenai pandangan pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menerusi audio siar Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel.

Datuk Rosyam Nor menerusi audio siar Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok berkata, pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Tambah Rosey, wanita mempunyai kedudukan sendiri dan bukan untuk dipermainkan dan diperejekan.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri memberitahu, mana-mana syor yang meletakkan wanita umpama ‘alat’ untuk menyelesaikan masalah sosial dilihat sebagai merendahkan martabat wanita.

“Cadangan ataupun gurauan yang tidak sensitif terhadap wanita tidak boleh dijadikan normalisasi, apatah lagi ia bercanggah daripada pelbagai sudut, sama ada sudut undang-undang, nilai kekeluargaan, budaya dan agama,” katanya ketika merujuk kepada satu kenyataan dalam siaran audio siar (podcast) pelakon tempatan tersebut.

Nancy berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap sebarang bentuk keganasan terhadap wanita sama ada secara fizikal, seksual, emosi, mahupun psikologi dan pendirian itu didukung penuh oleh kerajaan dan disokong merentasi kementerian.

“Saya percaya rakyat Malaysia adalah rakyat berilmu dan bertamadun dan kita perlu bertindak dengan lebih baik dan bijak di masa hadapan terutamanya untuk menonjolkan contoh yang terpuji kepada generasi kita akan datang,” katanya.

KPWKM sentiasa fokus kepada usaha memperkasa wanita dan mengarusperdanakan gender di samping menyediakan ekosistem terbaik dan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan wanita mempunyai peluang yang adil sama seperti peluang yang dimiliki oleh golongan lelaki.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Penjawat Awam Persekutuan, Negeri main peranan sebar luas manfaat PADU
Next: Premier Sarawak beri sumbangan peribadi RM50,000 untuk hero Mohamad Syafiq

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.