Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sibu juara bola keranjang bawah 17 tahun
  • SUKAN

Sibu juara bola keranjang bawah 17 tahun

Utusan Sarawak 1 month ago
RASMI… Datuk Francis Harden Hollis merasmikan Pertandingan Bola Keranjang Bawah 17 tahun Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-11 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman, kelmarin. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pasukan Sibu muncul juara bagi kategori lelaki pada Pertandingan Bola Keranjang Bawah 17 tahun Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-11 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman, kelmarin.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Sibu menewaskan pasukan Miri dengan jaringan 61-55 untuk bergelar juara. Pasukan Kuching dan Sri Aman masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Bagi kategori perempuan pula, pasukan Sibu turut dinobat sebagai juara selepas membenam kemaraan pasukan Sarikei dengan jaringan 44-24. Tempat ketiga pula pasukan Miri dan tempat keempat pasukan Kuching.

PASUKAN Sibu muncul juara bagi kategori lelaki. Foto ADUN Simanggang

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Kejohanan yang berlangsung selama selama empat hari itu telah berjaya memukau penonton yang sesak di Mini Stadium Sri Aman dengan gelagat pemain yang menunjukkan kemahiran masing-masing sejak dari mula pertandingan diadakan.

Seramai 30 pemain kategori lelaki, empat daripadanya pemain daripada pasukan Sri Aman telah dipilih untuk disenarai pendek mewakili Sarawak manakala 26 pemain bagi kategori perempuan yang dipilih, dua orang daripadanya pemain dari Sri Aman.

PASUKAN Sibu muncul juara bagi kategori perempuan. Foto ADUN Simanggang

Harden dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menjuarai pertandingan dan kepada yang tidak berjaya tanamkan tekad untuk berlatih lebih gigih bagi mengharungi pertandingan yang akan datang.

“Penghargaan juga diberikan kepada para penyumbang yang bermurah hati dalam memberi sokongan kepada jawatankuasa pengelola dari aspek kewangan, tenaga dan peralatan sehingga penganjuran telah berjaya dengan cemerlang,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Kelab Bola Keranjang Simanggang, Tan Ting Lung, Naib Pengerusi Kelab Bola Keranjang Simanggang, Simon Khoo Guan Shin dan Pengerusi Kehormat Kelab Bola Keranjang Simanggang, Temenggung Kueh Aik Seng.
Oleh Adi Saparman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Verstappen kejutkan McLaren, catat rekod litar untuk petak hadapan
Next: Sukan SEA 2027: Sarawak sedia anjur acara sukan tinju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.