FIFA pilih firma barangan mewah hasilkan bekas trofi Piala Dunia pada final

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Trofi Piala Dunia akan dibawa pada perlawanan akhir Isnin ini (waktu Malaysia) dalam kotak khas yang direka oleh jenama barangan mewah Louis Vuitton, menurut badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Firma dari Perancis itu akan ‘mempersembahkan kotak trofi rasmi yang ditempah khas bagi membawa dan mempamerkan trofi paling ikonik dalam dunia sukan’ pada final di New Jersey, menurut FIFA dalam satu kenyataan hari ini menjelang perlawanan separuh akhir pertama antara Perancis dan Sepanyol.

TROFI Piala Dunia. Foto hiasan. Foto AFP.

Pengumuman itu bagaimanapun segera mengundang kritikan dalam talian daripada penyokong yang berpendapat Piala Dunia kini semakin dikomersialkan. 

Bagaimanapun, menurut FIFA, Louis Vuitton sebelum ini turut menyediakan kotak trofi bagi kejohanan Piala Dunia pada 2010, 2014, 2018 dan 2022.

Presiden FIFA Gianni Infantino berkata Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menyampaikan trofi itu pada final Isnin ini (waktu Malaysia). England akan menentang Argentina dalam satu lagi aksi separuh akhir pada Rabu. – Bernama