ELLIE EDWARD
BINTULU: Harga maksimum borang dan runcit barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2020 untuk Bintulu, Tatau dan Sebauh berkuat kuasa bermula 28 Mei hingga 3 Jun depan iaitu selama tujuh hari.
Ketua Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu, Nazari Hassan berkata, untuk itu peniaga diwajibkan menjual harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh pihak kerajaan.
“Kewajipan peniaga juga meletakan harga merah jambu yang menunjukkan harga barang dan gred barang harga terkawal termasuk memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran di samping menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak media menerusi kenyataan beliau, di sini semalam.
Menurutnya, ayam hidup untuk sekilogram dijual dengan RM6.00 bagi harga borang dan RM6.70 untuk harga runcit.
Bagi ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) adalah harga borang RM7.60 dan harga runcit RM8.50 sekilogram.
Ayam super pula (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM8.50 untuk harga borang dan harga runcit RM9.50 sekilogram.
Manakala, ayam tua hidup untuk sekilogram iailah RM7.10 harga borong dan RM7.90 harga runcit dan kepak ayam pula RM11.00 harga borang dan RM12.00 harga runcit.
Sementara itu, telur ayam gred A ialah RM0.37 harga borong dan RM0.39 harga runcit dan telur ayam gred B pula RM0.36 harga borang dan RM0.38 harga runcit dan seterusnya telur ayam gred C pula ialah RM0.35 harga borong dan RM0.37 harga runcit.
Di samping itu daging babi (perut) adalah RM17.50 harga borong dan RM19.50 harga runcit untuk sekilogram dan daging babi (daging dan lemak) RM16.50 harga borong dan RM18.50 harga runcit untuk sekilogram.
Untuk sekilogram tomato pula harga borong adalah RM6.00 dan harga runcit RM7.00 seterusnya kubis bulat import RM3.00 harga borang dan RM4.00 harga runcit.
Selain itu, bawang besar (China) dan bawang besar (Holland) masing-masing harga borang dan runcit adalah RM3.00 dan RM4.00 dan RM4.00 dan RM5.00 untuk sekilogram.
Cili merah adalah RM15.00 harga borong dan RM17.00 harga runcit untuk sekilogram manakala cili kering RM16.00 harga borong dan RM17.00 harga runcit.
Ubi kentang import (China) adalah RM2.50 harga runcit dan RM3.50 harga runcit dan harga borang dan runcit kacang tanah sekilogram adalah RM8.00 dan RM9.00.
Bagi ikan kembung termasuk ikan mabung adalah harga borong RM10.00 dan harga runcit RM11.00 sekilogram dan ikan selayang pula RM7.00 dan RM9.00 untuk harga borong dan runcit. “Sekitaranya gagal mematuhi tersebut adalah peniaga akan berdepan dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.