Sharifah Hasidah mahu teruskan agenda pembangunan Samariang

Facebook
WhatsApp
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika ditemui media selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN N.07 Samariang pada PRN Sarawak ke-13 di Dewan Serbaguna Taman Sukma, Petrajaya, hari ini.

PETRA JAYA, 28 Nov: Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berikrar meneruskan agenda pembangunan dan usaha menyantuni masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Samariang selepas mengekalkan kerusi itu tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 hari ini.

Beliau berkata, usaha turun padang, mendekati penduduk dan membawa projek pembangunan akan terus menjadi keutamaan bagi memastikan keperluan masyarakat setempat diberi perhatian.

“Sejak pilihan raya lepas lagi, kita memang sentiasa turun padang menyantuni masyarakat, membawa projek-projek pembangunan dan insya-Allah selepas ini kita akan meneruskan agenda pembangunan kita di Samariang,” katanya ketika ditemui media selepas pengumuman kemenangan tanpa bertanding di Dewan Serbaguna Taman Sukma, Petrajaya.

Sharifah Hasidah turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak atas kepercayaan memilih beliau untuk sekali lagi mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi berkenaan.

Beliau juga berterima kasih kepada keluarga, jentera pilihan raya GPS di Samariang, anggota parti serta pencadang dan penyokong yang terus memberikan sokongan sepanjang perjalanan politiknya.

Menurutnya, usaha pembangunan kawasan itu akan diteruskan secara berpasukan bagi memastikan masyarakat setempat terus mendapat perhatian.

“Insya-Allah, kita sebagai satu pasukan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan agenda pembangunan di Samariang diteruskan,” katanya.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Rudzaimeir Malek, mengumumkan kemenangan Sharifah Hasidah tanpa bertanding pada 10.12 pagi.

Sharifah Hasidah mula mewakili Samariang sejak 2006 dan berjaya mempertahankan kerusi itu dalam PRN 2011, 2016 dan 2021. Kemenangan kali ini menyaksikan beliau meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan untuk penggal kelima berturut-turut.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk Samariang yang terus memberikan sokongan terhadap agenda pembangunan yang dilaksanakan di kawasan itu.

Oleh Shikin Mahmud

Royston raih mandat baharu di Tellian

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi N.57 Tellian, Royston Valentine, diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 selepas