“Tiada guna bertanding, buang masa, buang tenaga” – Dr Hazland

Facebook
WhatsApp
DATUK Dr Hazland Abang Hipni ketika ditemui pemberita selepas disahkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Demak Laut, hari ini.

PETRA JAYA, 28 Nov: “Tiada guna bertanding, buang masa, buang tenaga.”

Itu sindiran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni ketika mengulas mengenai calon Bebas yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu, namun tidak hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 hari ini.

Beliau berkata, masyarakat kini semakin matang dan memahami proses demokrasi, termasuk kepentingan mengelakkan pertandingan yang tidak membawa manfaat sehingga boleh mencetuskan perpecahan.

“Saya rasa dia, mereka tahulah. Tiada guna bertanding, buang masa, buang tenaga.

“Ini merupakan satu kematangan kepada seluruh penduduk bahawa mereka semakin hari semakin memahami proses demokrasi dan kenapa perlu bertanding,” katanya.

Menurutnya, keadaan politik sedemikian berbeza berbanding dahulu apabila terdapat pihak yang bertanding sekadar untuk mengganggu sehingga menyebabkan masyarakat berpecah-belah.

“Kalau macam ini, semua akan bersatu semula. Tidak ada pergaduhan, perselisihan faham dan sebagainya, dan kita boleh meneruskan lagi agenda pembangunan untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Demak Laut di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Hazland merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta penduduk Demak Laut atas sokongan yang diberikan sehingga membolehkannya memperoleh kemenangan berkenaan.

Katanya, kemenangan itu bukan sahaja membawa makna kepada dirinya, malah merupakan kejayaan seluruh jentera parti dan penduduk Demak Laut yang mempunyai lebih 27,000 pengundi.

Pada PRN 2021, beliau memenangi pertandingan empat penjuru dengan memperoleh 7,636 undi dan majoriti 6,399 undi, sekali gus menewaskan tiga pencabar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), calon Bebas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau turut memenangi kerusi berkenaan pada PRN 2016 dengan majoriti 7,382 undi dan PRN 2011 dengan majoriti 3,752 undi.

Oleh Shahrul Qaizat

Royston raih mandat baharu di Tellian

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi N.57 Tellian, Royston Valentine, diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 selepas