Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi taklimat tapak PMR diadakan di Rumah Augustine Mat Rentap
  • Tengah
  • WILAYAH

Sesi taklimat tapak PMR diadakan di Rumah Augustine Mat Rentap

Utusan Sarawak 6 months ago

SARIKEI: Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman telah mengadakan satu sesi taklimat tapak Projek Mesra Rakyat (PMR) di Rumah Augustine Mat Rentap di Tanah Putih, semalam. 

Projek naik taraf rumah panjang tersebut adalah di bawah peruntukan yang dimohon melalui Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak telah mempelawa kontraktor-kontraktor yang berminat untuk menyedia dan menghantar bil kuantiti (BQ) sebelum 16 Disember lalu.

Kos kerja menaik taraf rumah panjang ini adalah RM50,000 yang merangkumi tembok tanah, pembinaan gabion dan sistem perparitan.

Hadir ke sesi taklimat bagi mewakili Tiong Sii ialah Kapitan Ling Dien Yong.

Dalam pada itu, penduduk setempat menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Tiong Sii yang sentiasa menyantuni rakyat melalui program-program menaik taraf infrastuktur luar bandar dan menjaga kepentingan rakyat.

Turut hadir di sesi taklimat ialah wakil pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak iaitu Nor Izzah Marzuki dan Kumpang Brandah wakil pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Obesiti: 54 anggota polis Limbang berjaya turunkan berat badan melalui program ‘plogging’
Next: Hospital Sibu larang sebarang aktiviti pembakaran serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.