Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi pembelajaran kakitangan BDA usaha ke arah kelestarian alam  
  • Utara
  • WILAYAH

Sesi pembelajaran kakitangan BDA usaha ke arah kelestarian alam  

Utusan Sarawak 4 months ago
BDA menganjurkan sesi pembelajaran Perolehan Hijau dan Kos Kitaran Hayat di Wisma Bintulu baru-baru ini, sebagai usaha ke arah kelestarian alam.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengadakan sesi pembelajaran mengenai Pelaporan Perolehan Hijau dan Kos Kitaran Hayat di Wisma Bintulu baru-baru ini, melibatkan penyertaan 19 kakitangan.

Menurut satu kenyataan di laman Facebook BDA, sesi itu dikendalikan oleh Sr. Dr. Ahmad Faiz Abd Rashid dan Sr. Puan Zafikha Aida Bidin dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan.

Sesi itu memberi fokus kepada pengiraan kos kitaran hayat dan analisis pelepasan karbon bagi kumpulan produk hijau.

Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha BDA untuk menyokong visi Ke Arah Hub Industri Karbon Rendah Sarawak, selaras dengan Pelan Strategik BDA 2024–2030 di bawah Strategic Focus 6: Financial Resilience.

Dengan inisiatif seperti ini, BDA terus komited untuk menjadikan Bintulu dan Sarawak lebih hijau, mampan, dan selaras dengan matlamat industri karbon rendah menjelang 2030.

Langkah tersebut diharapkan dapat memperkukuh keberkesanan perolehan hijau serta menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Kanowit meningkat
Next: APM redah perjalanan 26km bantu hantar pesakit ke hospital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.