Serian kekal sangat tidak sihat, Lubok Antu turut melebihi IPU 200

Facebook
WhatsApp
RAJAH status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak setakat 8.00 malam, 12 September 2026, berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS).

KUCHING: Serian terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan bacaan 218, sekali gus kekal pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.00 malam ini.

Selain Serian, Lubok Antu turut berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 208.

Sementara itu, sebanyak 10 stesen mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Samarahan dan Kuching masing-masing merekodkan bacaan (169), diikuti Sri Aman (192), Betong (MCAQM) (186), Tebedu (178), Lundu (173), Kanowit (156), Sibu (103), Miri (90) dan Bintulu (87).

Lapan stesen pula berada pada tahap sederhana iaitu Sarikei dengan bacaan (97), Mukah (90), Samalaju (84), Lawas (79), Kapit (74), ILP Miri (74), Limbang (69) dan Bario (58).

Berbanding bacaan jam 12.00 tengah hari, IPU Serian menurun daripada (239) kepada (218), manakala Lubok Antu menurun daripada (218) kepada (208).

Lundu pula mencatat penurunan ketara daripada 210 kepada 173, manakala Tebedu turun daripada 205 kepada 178.

Di kawasan lain, Kuching menurun daripada (185) kepada (169), Samarahan daripada (188) kepada (169), Sri Aman daripada (200) kepada (192) dan Bintulu daripada (152) kepada (87).

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara (101) hingga (200) dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara (201) hingga (300) berada pada tahap sangat tidak sihat.

Oleh Afiq Sallehi