Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang tersepit dan dua cedera dalam kemalangan di Jalan Trusan, Lawas
  • KEMALANGAN

Seorang tersepit dan dua cedera dalam kemalangan di Jalan Trusan, Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANGGOTA bomba JBPM Sarawak menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Trusan, Lawas.

LAWAS: Seorang pemandu lelaki tersepit, manakala dua lagi mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Belunat, Jalan Trusan, di sini, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.58 malam.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Jentera Penyelamat Kebakaran Ringan (LFRT) dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan dan empat mangsa.

Seorang lelaki dewasa didapati selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan, manakala seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu pemandu lelaki didapati tersepit di dalam kenderaan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa.

Kedua-dua mangsa yang cedera serta lelaki yang tersepit telah dihantar ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki ditemui dalam parit di Jalan Puncak Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.