Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sentiasa waspada, cuaca tidak menentu – Adam Yii
  • Utara
  • WILAYAH

Sentiasa waspada, cuaca tidak menentu – Adam Yii

Utusan Sarawak 3 months ago
TERUK… Beberapa jalan utama di Miri terjejas teruk akibat hujan berterusan tanpa henti. Foto Netizen

MIRI: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii mengingatkan semua penduduk di sini agar sentiasa berwaspada kerana keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

Katanya, hujan lebat yang berterusan serta fenomena air pasang telah menyebabkan beberapa kawasan di sini mengalami banjir dan tanah runtuh.

“Saya amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh keluarga yang terkesan dan saya berdukacita atas musibah yang menimpa.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar keadaan segera pulih dan kita semua dilindungi daripada sebarang bencana,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Adam Yii yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pujut) menggesa semua warga Miri untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, mengutamakan keselamatan keluarga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Jika anda atau sesiapa di sekitar anda memerlukan bantuan segera, sila maklumkan kepada pasukan saya atau pihak berkuasa berkaitan.

“Bersama kita hadapi cabaran ini dengan tabah dan saling membantu,” ujarnya.

Setakat 5.00 petang ini, hujan masih berterusan tanpa henti, meningkatkan risiko banjir yang lebih buruk.

Antara kawasan terjejas, Jalan Tanjong Lobang, Jalan Miri-Bypass, Pujut Padang Kerbau, Jalan Jati, Senadin, Jalan Miri-Bintulu.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah susur di Rh. Meringai Achoi
Next: Tanah runtuh berlaku di bahagian belakang rumah panjang di Julau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.