Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seleweng kutipan derma: Suami isteri pempengaruh direman empat hari
  • JENAYAH

Seleweng kutipan derma: Suami isteri pempengaruh direman empat hari

Utusan Sarawak 10 months ago
PASANGAN suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari bagi membantu siasatan. Turut direman sehingga 14 Julai ialah dua lagi individu yang dipercayai pengarah sebuah platform kutipan derma yang disyaki terlibat. Perintah reman terhadap empat suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Kes disiasat di bawah mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 14 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari bagi membantu siasatan.

Turut direman empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai ialah dua individu yang dipercayai pengarah sebuah platform kutipan derma yang disyaki terlibat.

Perintah reman terhadap kesemua suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber SPRM, kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM. 

Semalam pasangan suami isteri ditahan pada 6.40 petang manakala dua lagi suspek pada tengah malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sebelum ini, pasangan berkenaan didakwa membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun didakwa wang itu tidak disalurkan secara betul.

Terdahulu, pasangan tersebut serta dua suspek itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret 9.18 pagi dengan berbaju lokap SPRM warna jingga dan tangan digari ketika dibawa ke mahkamah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Maritim tahan bot Vietnam bersama hasil laut bernilai RM1 juta
Next: Pasangan kekasih antara ditahan kes edar dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.