Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan

Utusan Sarawak 6 months ago

KAHERAH: Seramai 30 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan, lapor Kementerian Kesihatan Lubnan pada Ahad, menurut dpa.

Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk tujuh kanak-kanak terkorban selepas serangan Israel pada Ahad mengenai sebuah rumah di situ.

Kementerian itu berkata jumlah korban dijangka meningkat kerana bahagian badan orang lain telah ditemukan dari lokasi itu untuk tujuan pengecaman.

Rumah yang diserang itu menempatkan 35 orang yang kehilangan tempat tinggal, menurut stesen televisyen Lubnan, al-Jadeed.

Dalam kejadian berasingan di Lubnan, serangan udara Israel turut menyasarkan sebuah pusat kesihatan di bandar Adloun di Sidon, selatan Lubnan, mengakibatkan tiga anggota paramedik terkorban, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu menambah bahawa empat orang lagi terkorban dalam serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di kawasan Western Beqaa di timur Lubnan. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Next: Seorang maut, 16 cedera insiden tembakan di kampun Alabama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.