Dua maut, tujuh cedera dalam insiden tembak di sekolah di selatan Filipina

Facebook
WhatsApp

MANILA: Dua dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam insiden tembakan pada Jumaat di sebuah sekolah tinggi di Perbandaran Banga, wilayah selatan Cotabato, Filipina, lapor Xinhua.

Semua kelas digantung serta-merta di semua peringkat di bandar itu, menurut pejabat pengurangan risiko dan pengurusan bencana tempatan.

Jabatan Pendidikan melahirkan kebimbangan mendalam terhadap insiden tembakan yang dilaporkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Banga itu.- Bernama-Xinhua