Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sekolah harus sediakan pelitup muka tambahan
  • TEMPATAN

Sekolah harus sediakan pelitup muka tambahan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH…Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin (empat, kanan) menyampaikan cek kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Chung San, Chai Ming Kian (tiga, kanan) semasa mengadakan lawatan ke sekolah tersebut, baru-baru ini.

MIRI: Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin mencadangkan semua sekolah di sini menyediakan pelitup muka tambahan untuk para pelajar dan guru bagi melindungi diri mereka ketika berada di kawasan sekolah.

Lee ketika menjalankan pemeriksaan ke beberapa sekolah rendah dan menengah di sini kelmarin berkata, setakat ini, semua sekolah yang beliau kunjungi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam lawatan tersebut, beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turun mengagihkan dana khas sebanyak RM58,000 kepada lapan sekolah menengah dan rendah  di bawah kontituensinya bagi tujuan membeli pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Sekolah yang menerima dana tersebut ialah SMK Pujut, SMK Merbau, SMK Baru, SMK Lopeng Tengah, SJKC Chung San,SJKC Chung Hua Tudan, SK Senadin dan SK Agama Miri.

“Saya berharap pihak sekolah mengesan pelajar dari keluarga miskin yang tidak bekemampuan membeli pelitup muka bagi memastikan mereka diberi keutamaan untuk mendapatkan pelitup muka secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Lee turut mengadakan pertemuan dengan pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan untuk mendengar sendiri pandangan dan  permasalahan pihak sekolah mengenai pelaksanaan SOP.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Rakyat sambut baik lanjutan moratorium
Next: CPPC ditubuhkan di Teng Bukap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.