Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sekolah di tiga daerah dibuka semula
  • TEMPATAN

Sekolah di tiga daerah dibuka semula

Utusan Sarawak 5 years ago
HARI PERTAMA … Ibu bapa pelajar di sekolah menengah dan rendah, St. Teresa di Kuching, menunggu anak-anak mereka balik dari sekolah bagi pelajar sesi pagi selepas semua 213 sekolah menengah dan rendah di tiga daerah dibuka semalam.

KUCHING: Kesemua 213 sekolah rendah dan menengah di daerah Kuching, Kota Samarahan dan Padawan akhirnya dibuka semula semalam selepas pembukaannya ditangguh dua kali berikutan peningkatan kes baharu Covid-19.

Pengarah Pendidikan negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus berkata walaupun ada murid yang masih tidak datang, kehadiran di semua sekolah terlibat memberangsangkan.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima, tiada masalah mengenai (kehadiran) kerana ibu bapa sangat bekerjasama. Walaupun terdapat ketidakhadiran… ia normal jika satu atau dua murid tidak hadir di setiap kelas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Para pelajar yang kembali ke sekolah di daerah berkenaan semalam selepas hampir lima bulan, adalah pelajar kelas peralihan, tingkatan satu hingga empat dan tingkatan enam bawah, serta murid tahun satu hingga tahun enam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada 14 Julai lepas mengumumkan pembukaan semula sekolah melibatkan pelajar berkenaan pada 3 Ogos, bagaimanapun berikutan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 di daerah terbabit, pembukaan semula sekolah ditangguhkan ke 17 Ogos.

Sementara itu, Agatha Charlotte, 40, berkata kedua-dua anaknya tidak sabar untuk kembali bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas di sini.

“Anak-anak saya mempunyai kesedaran tinggi terhadap kebersihan dan kesihatan diri, jadi saya tidak risau sangat. Saya harap sekolah dapat melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan betul dan saya juga lebih suka jika mereka kembali ke sekolah kerana dapat berinteraksi dengan rakan dan guru,” katanya.

Alvine Ngu Fung Ling, 42, pula berkata dia tidak mempunyai masalah untuk anaknya yang berada di tingkatan dua untuk kembali bersekolah kerana ia membolehkan anaknya meneruskan pembelajaran dengan lebih selesa.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: EPU ketuai Pasukan Petugas Khas Pemantauan Projek Negeri
Next: CoE Openlab: Capai Strategi Ekonomi Digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.