Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sekolah berusia 100 tahun terbakar dapat perhatian
  • TEMPATAN

Sekolah berusia 100 tahun terbakar dapat perhatian

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU… Datuk Talib bersama pegawai dan agensi terlibat meninjau keadaan blok kelas yang ranap dijilat api.

BINTULU: Blok kelas utama Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad, bangunan sekolah yang berusia 100 tahun terbakar sekitar 2.00 petang pada Jumaat (17 Julai) mendapat perhatian Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip.

Berdasarkan laporan pihak Bomba dan Penyelamat Bintulu, kebakaran tersebut telah memusnahkan 80 peratus bangunan kelas berkenaan.

Sebanyak lima bilik darjah di tingkat atas bangunan terbabit ranap dijilat api.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu kerana bangunan tersebut sudah ditutup sejak tiga tahun lalu atas faktor-faktor keselamatan.

Pelajar di sekolah itu kini menumpang di SK Kampung Baru Bintulu.

Talip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak semasa lawatan beliau sempat berbincang dan memohon agar mesyuarat diadakan berhubung perkara itu.

Dalam itu, beliau juga memohon agar Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, pihak Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Bintulu serta Pusat Khidmat ADUN Jepak dapat hadir bersama bagi membincangkan hala tuju serta membuat tinjauan umum tentang tapak sekolah berkenaan.

SK Orang Kaya Mohammad merupakan sekolah rendah pertama di Bandar Bintulu yang dibina pada 1912 oleh Kerajaan Rajah Brooke.

Sekolah berkenaan terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu itu terletak di tengah-tengah kota Bintulu yang merupakan sekolah bantuan kerajaan pertama yang dibina di Bandar Bintulu.

Pada 2015, sekolah berkenaan telah berpindah ke tapak baharu kerana tapak asalnya tidak selamat digunakan.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Betong jadi Majlis Perbandaran menjelang 2030
Next: Prihatin isu banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.