Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Sekeluarga hilang tempat tinggal, rumah terbakar
  • KEBAKARAN

Sekeluarga hilang tempat tinggal, rumah terbakar

Utusan Sarawak 6 months ago

Anggota bomba memadam kebakaran

MIRI: Sekeluarga tujuh orang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Masjid Kuala Baram di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 3.37 petang dan 

menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong  ke lokasi yang terletak pada jarak 28 kilometer dari balai.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api pada ketika itu sedang marak membakar keseluruhan rumah berstruktur tidak kekal itu dan mengakibatkan rumah didiami tujuh beranak musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.27 petang.

Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,”katanya.

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Syarikat sahkan cuma letupan kecil, keadaan terkawal
Next: Detik cemas kereta Proton Saga terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.