Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Sebuah mesin pembuat arang terbakar
  • KEBAKARAN

Sebuah mesin pembuat arang terbakar

Utusan Sarawak 1 month ago
TINDAKAN pantas pekerja kilang berjaya elak kebakaran lebih serius. – Kredit Foto PGO

SIBU: Sebuah mesin membuat arang yang tidak lagi digunakan di sebuah kilang di Jalan Upper Lanang terbakar dalam satu insiden awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.13 tengah malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah mesin dengan anggaran kemusnahan sekitar 10 peratus tanpa melibatkan keseluruhan struktur bangunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, api telah berjaya dipadam oleh pasukan tindak balas kecemasan (ERT) kilang menggunakan enam unit alat pemadam api dan satu aliran hos sepanjang 100 kaki yang disambung dari pili bomba kilang berdekatan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Tiada operasi pemadaman dijalankan oleh pasukan bomba, dan pemeriksaan lanjut turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api serta keadaan adalah selamat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kilang plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Yong
Next: Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.