Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Sebuah kapal milik APMM terbakar
  • KEMALANGAN

Sebuah kapal milik APMM terbakar

Utusan Sarawak 7 months ago

TERBAKAR...Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar dalam kejadian di sebuah jeti limbungan di Kuala Baram, Miri.  

MIRI: Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  terbakar dalam kejadian yang berlaku di sebuah jeti limbungan di Kuala Baram malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 11.35 malam.

Katanya,  sepasukan anggota dari BBP Lutong dikejarkan ke lokasi yang terletak pada jarak 11 kilometer dari balai.

“Setiba di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kapal KM STAPA milik APMM yang sedang dibaiki di jeti limbungan itu.

“Semasa bomba sampai, api sedang marak membakar di bahagian dek kedua yang telah memusnahkan lebih 40 peratus bahagian tersebut,” katanya di sini.

Henry berkata, setelah membuat penilaian, PKO yang turut dibantu anggota dari BBP Lopeng terus melakukan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 400 kaki empat pancutan pam angkut dari sumber air terbuka bagi memadam api.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam empat minit dan operasi tamat sepenuhnya jam 5.08 pagi.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Lelaki jatuh jambatan ditemui lemas
Next: Maut kena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.