KUCHING, 3 November: Sebahagian besar kawasan di Sarawak merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap baik setakat 10.00 pagi ini, berdasarkan status kualiti udara yang dikongsikan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).
Bagaimanapun, tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, iaitu Samalaju dengan bacaan tertinggi sebanyak 60, diikuti Bintulu (53) dan Samarahan (51).
Kawasan lain yang merekodkan bacaan pada tahap baik termasuk Kuching (41), Serian (32), Sri Aman (31), Sarikei (32), Sibu (37), Mukah (29), Kapit (29) dan Miri (32).
Selain itu, bacaan di ILP Miri ialah 27, Limbang (26), Lundu (45), Tebedu (26), Lubok Antu (34), Kanowit (37), Belaga (25) dan Lawas (35).
Mengikut pengelasan IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Orang ramai boleh merujuk NREB untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status kualiti udara dan keadaan jerebu di Sarawak.
Oleh Shikin Mahmud




