Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Satu lagi pusat remaja Kafe@TEEN dicadang dibuka di Kuching selepas Sri Aman dan Long Bedian
  • TEMPATAN

Satu lagi pusat remaja Kafe@TEEN dicadang dibuka di Kuching selepas Sri Aman dan Long Bedian

Utusan Sarawak 6 months ago

Dato Sri Nancy Shukri ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kem Kasih Keluarga di Pantai Pugu, di Lundu hari ini.  

LUNDU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang untuk memperluaskan jaringan pusat remaja Kafe@TEEN di Sarawak dengan menambah sebuah lagi cawangan di Kuching pada masa akan datang.  

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri, berkata setakat ini negeri ini mempunyai dua pusat Kafe@TEEN iaitu di Sri Aman dan Long Bedian.  

“Kita mungkin akan membuka pejabat baharu di Kuching, yang boleh dijadikan sebagai pusat untuk Kafe@TEEN. Perancangan ini sedang dalam pertimbangan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kem Kasih Keluarga di Pantai Pugu, di sini, hari ini.  

Nancy menjelaskan bahawa Kafe@TEEN yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berfungsi sebagai ruang interaktif untuk remaja bersosial, menimba ilmu, dan mengembangkan potensi diri.  

“Mereka boleh menggunakan masa di Kafe@TEEN untuk pelbagai aktiviti seperti bertemu kaunselor, belajar, bertukar pandangan dan menyertai aktiviti yang membina,” katanya.  

Beliau turut menambah bahawa pusat tersebut menganjurkan program seperti melatih remaja menjadi usahawan muda, yang membolehkan mereka menjual produk sendiri dan mempelajari asas keusahawanan.  

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: LEAVES® ‘terbang’ ke Indonesia
Next: Isu alam sekitar mampan penting untuk Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.