Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tubuh fakulti tenaga di i-CATS
  • SEMASA

Sarawak tubuh fakulti tenaga di i-CATS

Utusan Sarawak 4 months ago
CENDERAMATA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menerima cenderamata pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan satu jurusan baharu dalam sektor pendidikan dengan menubuhkan Fakulti Tenaga di Universiti i-CATS.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan fakulti ini selaras dengan matlamat Sarawak untuk menerajui bidang tenaga boleh diperbaharui.

“Saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof mengenai pengajaran tenaga boleh diperbaharui.

“Kami akan membangunkan sebuah fakulti di Universiti i-CATS yang memfokuskan kepada bidang tenaga, dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dalam proses pengajaran di i-CATS.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. 

Terdahulu, Naib Presiden PBB, Dato Sri Fadillah Yusof mencadangkan supaya Sarawak menubuhkan sebuah institusi khas dalam bidang tenaga boleh diperbaharui bagi melatih serta melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran.

Pada masa sama, Abang Johari yang juga Presidem PBB menjelaskan bahawa pemilihan Universiti i-CATS untuk menerajui jurusan ini selaras dengan inisiatif pendidikan percuma di universiti milik Sarawak, sekali gus akan memberi manfaat kepada ramai generasi muda untuk menceburi bidang ini.

“Mengapa saya memilih Universiti i-CATS? Pertama, kerana ia dimiliki oleh Sarawak, dan kedua, pemohon yang layak untuk memasuki fakulti tersebut akan menerima pendidikan percuma di universiti itu. 

“Melalui inisiatif ini, kita akan melahirkan saintis dan pakar dalam bidang tenaga, termasuk gas, untuk menyokong pembangunan sektor tersebut,” katanya. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah dua Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terkini: Lokasi Lapangan terbang baharu Kuching di Tanjung Embang Asajaya – Abang Johari
Next: Usul: Tambahkan kerusi Parlimen di Sarawak, seperti dikehendaki MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.