Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak teliti model Australia bagi tubuhkan pusat prestasi tinggi
  • SEMASA

Sarawak teliti model Australia bagi tubuhkan pusat prestasi tinggi

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa pusat prestasi tinggi di Australia. -Foto UKAS

SYDNEY (AUSTRALIA): Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa pusat prestasi tinggi di Australia bagi mempelajari teknologi, metodologi dan kemudahan latihan yang digunakan dalam melatih atlet elit negara tersebut.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha ke arah merealisasikan projek penubuhan Sarawak High Performance Centre yang bakal dibangunkan di Kompleks Sukan Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Projek tersebut adalah antara inisiatif utama di bawah Pelan Induk Pembangunan Sukan Sarawak, yang bertujuan menjadikan negeri itu sebagai kuasa besar sukan negara. Pusat berprestasi tinggi ini akan menyediakan persekitaran latihan bertaraf antarabangsa yang menekankan aspek kecemerlangan, dengan fokus kepada pembangunan fizikal dan mental atlet dalam persediaan menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Inisiatif ini dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026.

Menurut Dato Sri Abdul Karim, penubuhan Unit Prestasi Tinggi Sarawak sejak Februari 2019 telah menjadi asas kukuh kepada pembangunan program latihan berstruktur dan menyeluruh yang melibatkan atlet serta jurulatih negeri ini.

Semasa lawatan tersebut, beliau bersama delegasi turut melawat Australian Institute of Sport (AIS) di Canberra — sebuah pusat latihan berprestasi tinggi yang diiktiraf sebagai Pusat Latihan Olimpik dan Kecemerlangan Paralimpik. AIS dilengkapi kemudahan latihan canggih, kepakaran dalam sains dan perubatan sukan, penginapan atlet serta kemudahan dewan makan.

Delegasi turut mengadakan lawatan ke New South Wales Institute of Sport (NSWIS) di Sydney, yang menawarkan persekitaran latihan bertaraf dunia kepada lebih 450 atlet dan jurulatih mewakili 28 jenis sukan di 10 lokasi latihan sekitar New South Wales.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dan Datuk Dr. Ripin Lamat, ADUN Daro, Safiee Ahmad, Timbalan Setiausaha kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Timbalan Peguam Besar Sarawak, Datu John Wayne Chamberlin Sirau, Timbalan Setiausaha Kewangan Sarawak, Datu Hasmawati, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Khairul Nizam Morshidi.

– UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Monsun Barat Daya bermula 10 Mei sehingga September – METMalaysia
Next: Pemilihan PKR: Nurul Izzah akan buat keputusan terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.