Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak Skills lancar program latihan hidrogen pertama
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak Skills lancar program latihan hidrogen pertama

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LANCAR program latihan hidrogen pertamanya, Latihan Kesedaran dan Keselamatan Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen. Foto Bernama

KUCHING: Sarawak Skills secara rasminya melancarkan program latihan berkaitan hidrogen pertamanya, Latihan Kesedaran dan Keselamatan Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen, yang merupakan langkah penting dalam menyokong agenda ekonomi hijau kerajaan negeri. 

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri berkata institusi itu merupakan satu-satunya pusat latihan di Sarawak menawarkan kursus khusus berkaitan hidrogen. 

“Inisiatif ini bukan hanya menyokong aspirasi hijau kerajaan, tetapi juga melengkapkan bakat tempatan dengan kemahiran diperlukan untuk ekonomi hidrogen,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata usaha itu diperkukuh dengan kerjasama strategik bersama institusi di China, memberikan Sarawak Skills akses kepada modul latihan lanjutan dan kepakaran teknologi hidrogen global. 

Program itu memfokus kepada teknologi piawaian keselamatan dan praktis pengendalian kenderaan sel bahan api hidrogen, selari dengan peralihan kerajaan negeri ke arah sumber tenaga lebih bersih dan mampan. -Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bangsa membaca, bangsa berjaya
Next: Perjanjian penubuhan ‘Kursi Derma Kekal Yang Amat Berhormat Premier Sarawak’ dimeterai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.