Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perlu tenaga kerja berkualiti tinggi terokai industri aeroangkasa 
  • SEMASA

Sarawak perlu tenaga kerja berkualiti tinggi terokai industri aeroangkasa 

Utusan Sarawak 5 months ago

Abang Johari pada majlis makan malam SMD Semiconductor Sdn. Bhd di Kuching malam tadi. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak memerlukan tenaga kerja berkualiti tinggi untuk menyokong misinya menjadi hab utama industri aeroangkasa di Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, industri ini memerlukan individu yang mahir dalam teknologi.

“Apabila kita bercakap mengenai satelit, kita mesti tahu cara membuat roket kerana roket diperlukan untuk pergi ke orbit. Kemudian, satelit perlu dilengkapi dengan cip yang mampu membaca data di permukaan bumi dan menyimpannya.

“Itulah sebabnya Sarawak telah meminta i-CATS University College untuk menubuhkan fakulti aeroangkasa dan bekerjasama dengan pakar antarabangsa bagi mengajar teknologi baharu ini kepada rakyat kita. 

“Ia adalah rancangan yang sangat tinggi, tetapi kita perlu bermula dari suatu tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam SMD Semiconductor Sdn. Bhd di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak telah meluluskan pelaburan sebanyak RM50 juta untuk memajukan teknologi semikonduktor.

“Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menyuntik modal sebanyak RM50 juta kepada SMD. 

“Dalam bajet lepas, kami telah memasukkan ini sebagai suntikan modal dan akan melihat prestasi SMD kerana saya sangat memahami bahawa industri semikonduktor memerlukan modal besar jika mahu mencapai tahap lebih tinggi,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; Timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapaee; Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar; Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn. Bhd, Shariman Jamil serta dig kenamaan lain.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: SAREX24 asah bakat e-sukan
Next: Loji CCGT Miri perintis kemampanan tenaga Sarawak – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.