Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak mahu hidupkan semula Sukan Borneo tahun depan
  • SUKAN

Sarawak mahu hidupkan semula Sukan Borneo tahun depan

Utusan Sarawak 6 months ago

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

PETRA JAYA: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merancang untuk menghidupkan semula Sukan Borneo tahun depan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2009.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perancangan itu adalah untuk memberi peluang kepada semua atlet di negeri ini menonjolkan bakat mereka

Jelasnya, perancangan ini turut disokong penuh oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis penutup SUKMA 2024 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, tarikh dan tempat akan ditentukan selepas mesyuarat penyelarasan dengan wilayah jiran. 

“Rancangan sedang dijalankan untuk bekerjasama dengan Sabah dalam penganjuran temasya itu, yang akan menampilkan kontinjen dari Sarawak, Sabah, Labuan, Kalimantan dan Brunei Darussalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari berkata Sarawak sanggup menaja penganjuran pertama sukan dwitahunan itu jika dipersetujui. 

Sementara itu, Abdul Karim berkata pada tahun depan Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Kriket Antarabangsa (ICC) di Kuching.

Menurutnya, penglibatan itu adalah bagi kategori wanita bawah 19 tahun T20 Piala Dunia.

Bagi pusingan awal kejohanan itu akan berjalan serentak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru bermula 18 hingga 28 Januari 2025.

“Kejohanan ini akan menampilkan pasukan dari New Zealand, Nigeria, Samoa dan Afrika Selatan.

“Dengan penglibatan dari luar negara ini  kita dapat mempamerkan keunikan Sarawak dalam aspek budaya dan semangat bersukan yang sentiasa membara “katanya.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Jun Hao kandas di final Masters Jepun
Next: Tiong puji usaha SBA bangunkan sukan bola keranjang tempatan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.