Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak Energy: Bincang terlebih dahulu sebelum mulakan kerja pengorekan
  • SEMASA

Sarawak Energy: Bincang terlebih dahulu sebelum mulakan kerja pengorekan

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Sarawak Energy menggesa kontraktor untuk berunding dengan mereka sebelum memulakan kerja pengorekan bagi mengelakkan kerosakan kabel bawah tanah dan gangguan bekalan elektrik.

Menurut satu kenyataan semalam, kerja-kerja pengorekan oleh kontraktor projek infrastruktur awam telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan beberapa lokasi termasuk sebuah hotel dan kawasan perumahan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Stampin.

“Pasukan teknikal Sarawak Energy bertindak pantas selepas menerima laporan mengenai gangguan bekalan pada 11.32 pagi.

“Bekalan elektrik di beberapa kawasan dipulihkan secara berperingkat pada 11.45 pagi, manakala bekalan sepenuhnya berjaya dipulihkan pada 12.48 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Pengurus Wilayah Sarawak Energy untuk Wilayah Barat, Effendy Syaiful Abdullah, beliau menekankan bahawa rundingan dengan Sarawak Energy perlu dilakukan sebelum menjalankan kerja-kerja pengorekan bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku.

“Kami telah berulang kali mengingatkan kontraktor pihak ketiga untuk berunding dengan kami sebelum memulakan sebarang kerja pengorekan bagi mengenal pasti lokasi kabel bawah tanah.

“Walaupun telah diberikan peringatan berkali-kali, insiden seperti ini masih berlaku, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang boleh dielakkan dan ketidakselesaan kepada pelanggan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahaya bekerja berhampiran kemudahan elektrik hidup dan kepentingan rundingan awal dengan Sarawak Energy.

“Kemudahan elektrik hidup adalah berbahaya dan sentuhan dengan kabel yang berarus boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

“Kami menggesa semua kontraktor untuk sentiasa ingat  agar “Hubungi Sebelum Menggali” untuk mengenal pasti kabel bawah tanah. 

“Langkah ini membantu mengelakkan gangguan, mencegah kerosakan, dan memastikan keselamatan pekerja serta orang awam,” katanya. 

Sarawak Energy juga memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab merosakkan kemudahan mereka.

Untuk mendapatkan nasihat teknikal berhubung kerja-kerja berhampiran infrastruktur elektrik, kontraktor boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy yang beroperasi 24 jam di talian 1-300-88-3111 atau melalui email di customercare@sarawakenergy.com.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Next: 22 pelajar UPMKB, UPMKS sertai program di Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.