SIBU: Sarawak Eco Warriors akan mengadakan program perundingan belia untuk individu berumur 18 hingga 30 tahun pada 8 Disember depan.
Program tersebut yang bertajuk “Youth Voices for Climate Action”, akan berlangsung di Li Hua Hotel, Jalan Pahlawan.
Menurut kenyataan Sarawak Eco Warriors, program ini disokong oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Program ini bertujuan memberi ruang kepada belia bagi menyuarakan pandangan mereka mengenai tindakan iklim dan turut memberi peluang kepada mereka untuk membantu membentuk komitmen Malaysia terhadap perlindungan serta pemuliharaan alam sekitar.
Penyertaan dibuka kepada belia yang berminat dan mereka boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautanĀ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfTcUGtZloB_kN32sn_SJltAMYNtvJwzCAV8PY8Ghbd416g-w/viewform.