Mobile Service To U dekatkan perkhidmatan, suara penduduk Jalan Kelupu 

Facebook
WhatsApp
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain di Program Mobile Service To U, semalam. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

BINTANGOR: Pendekatan membawa perkhidmatan lebih dekat kepada masyarakat menerusi Program Mobile Service To U membuka ruang kepada penduduk setempat mendapatkan maklumat berkaitan kemudahan kerajaan, selain menyuarakan sendiri perkara yang menjadi perhatian mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program tersebut menjadi platform untuk mendekati masyarakat secara langsung.

“Program ini memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.

“Pada masa sama, kita dapat bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk serta mendengar pandangan, cadangan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Mobile Service To U bersama penduduk Jalan Kelupu yang dijalankan di sebuah restoran pada semalam 

Katanya, pendekatan turun padang penting bagi memastikan saluran komunikasi dengan masyarakat sentiasa terbuka dan keperluan di peringkat akar umbi dapat diberikan perhatian.

“Program ini mencerminkan pendekatan turun padang dalam memastikan suara dan keperluan penduduk terus diberi perhatian, di samping memperkukuhkan hubungan antara wakil rakyat dengan komuniti di kawasan Meradong,” katanya.

Beliau berharap Program Mobile Service To U dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk, terutama dalam memudahkan urusan mereka mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia.

Turut hadir ialah Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong; Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua; Pemanca Yii Hee Sieng; Kapitan Wong Leh Hee dan Kapitan Sia Ka Ong.

Oleh Earl Anek