Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak capai kejayaan di bawah pentadbiran Abang Johari  
  • SEMASA

Sarawak capai kejayaan di bawah pentadbiran Abang Johari  

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden PBB bagi penggal 2025-2027 selepas dipilih tanpa bertanding dalam Perhimpunan Agung Ke-16 PBB yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. FotoHERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Sarawak telah mencapai beberapa kejayaan di bawah pentadbiran Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini termasuk pengiktirafan sebagai wilayah berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak (SSWFF) dengan deposit RM8 bilion, serta peningkatan hasil negeri kepada RM14.2 bilion pada 2024 berbanding RM5.6 bilion pada 2017.

Selain itu, katanya, inisiatif seperti pelancaran syarikat penerbangan AirBorneo, pemilikan Bintulu Port dan Affin Bank, serta pelaburan asing berjumlah RM21.3 bilion sejak 2021 turut menjadi penanda aras kecemerlangan pentadbiran Abang Johari.

Namun, di sebalik pencapaian ini, cabaran dalam memastikan pengagihan ekonomi yang seimbang serta menangani isu pembangunan luar bandar kekal menjadi tumpuan utama. 

Sehubungan itu, Uggah menyeru ahli PBB untuk terus bersatu dalam memperkukuh sokongan terhadap kepimpinan parti.

“Apa jua cabaran yang mendatang, kita akan hadapi bersama selari dengan slogan PBB, ‘Berkorban Bersatu’,” tambahnya.

Untuk rekod, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden PBB bagi penggal 2025-2027 selepas dipilih tanpa bertanding dalam Perhimpunan Agung Ke-16 PBB yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh 82 cawangan parti, mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinannya. 

Uggah berkata, keputusan tersebut berdasarkan rekod pencapaian dan kestabilan yang dibawa oleh Abang Johari sejak menerajui parti dan kerajaan negeri.

“Beliau telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam menjamin kestabilan, kemajuan, dan kelestarian negeri ini,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan itu.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengundian untuk Naib Presiden, MT PBB hari ini
Next: PBB terus perkukuh hala tuju politik Sarawak – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.