Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak akan perluas program ‘Ngabas Anak Sarawak’ santuni pelajar IPT
  • SEMASA

Sarawak akan perluas program ‘Ngabas Anak Sarawak’ santuni pelajar IPT

Utusan Sarawak 1 month ago
DATUK Seri Roland Sagah Wee Inn (duduk tiga, kanan) pada program Ngabas Anak Sarawak di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat akan memperluas program ‘Ngabas Anak Sarawak’ ke seluruh negara bagi mendekati pelajar dari negeri itu yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di luar Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata program itu bagi memastikan pelajar Sarawak terus mendapat perhatian dan sokongan meskipun berada jauh dari negeri asal di samping memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri itu.

SIDANG MEDIA… Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada sidang media sempena Program Ngabas Anak Sarawak di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata pendekatan secara bersemuka itu juga secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai jambatan antara dasar pendidikan negeri dan komuniti pelajar dalam memanfaatkan pelbagai peluang yang tersedia.

“Kita mempunyai anggaran lebih 27,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 31,000 pelajar.

“Program yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) adalah yang pertama dan merancang untuk diperluas mengikut zon. Kita harap akan dapat berjumpa dengan kesemua mereka, tetapi (kalau) dapat mencapai lebih 50 peratus pun sudah berjaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Ngabas Anak Sarawak’ di USM di sini hari ini.

Program itu dihadiri kira-kira 300 pelajar IPT iaitu USM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Pendidikan Guru (IPG), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Inovasi Sarawak Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

Pada program itu turut diadakan simbolik penyerahan baucer komputer riba kepada 25 pelajar terpilih di bawah Program Bantuan Komputer Riba Percuma kerajaan negeri bernilai RM3,000 setiap unit.

Roland berkata bantuan itu sebahagian inisiatif untuk memperluas akses kepada teknologi dan memperkukuh kesaksamaan pendidikan.

Selain komputer riba, kerajaan negeri turut menyediakan beberapa inisiatif lain seperti Sokongan Baucar Buku dan Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebanyak RM1,200 kepada setiap pelajar anak Sarawak di seluruh Malaysia.

“Selain itu, kita juga mewujudkan inisiatif Pendidikan Tinggi Percuma di institusi milik negeri Sarawak, seperti Swinburne Sarawak, Curtin Malaysia, UTS dan i-Cats yang akan bermula pada 2026,” katanya.

Terdahulu, pada program berkenaan turut diadakan pameran agensi dan sesi jaringan yang menghubungkan pelajar dengan pihak berkepentingan utama di Sarawak, badan kerajaan dan wakil industri. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu kaji semula rancangan pembangunannya ekoran tarif AS – Abang Johari
Next: Tun Abdullah perkukuh imej Malaysia sebagai negara Islam progresif – Tun Pehin Sri Wan Junaidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.