Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Sangat menyentuh hati’ – Klose hubungi Messi susulan rekod Piala Dunia
  • SUKAN

‘Sangat menyentuh hati’ – Klose hubungi Messi susulan rekod Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
KLOSE ucap tahniah kepada Messi selepas rekod Piala Dunia dipecahkan. Foto AGENSI

BERLIN: Bekas penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia, Miroslav Klose, menyampaikan ucapan tahniah kepada penggantinya, Lionel Messi menerusi panggilan telefon, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bekas penyerang Jerman itu sebelum ini memegang rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia bagi kategori lelaki dengan 16 gol sebelum Messi memecahkannya pada kejohanan kali ini.

Ikon Argentina itu setakat ini telah mengumpul 20 gol, manakala pemain Perancis, Kylian Mbappé mengekorinya rapat dengan 19 gol.

“Messi ialah fenomena yang luar biasa. Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, pernah menjadi rakan sepasukan saya di Lazio, dan kami masih kerap berhubung. Beliau mengatur panggilan telefon antara saya dan Messi selepas bintang itu menyamai rekod gol Piala Dunia saya. Ia saat yang sangat menyentuh hati,” kata Klose.

Beliau berkongsi perkara itu dalam satu sesi bual bicara Piala Dunia baru-baru ini di kelab divisyen dua Jerman, Nuremberg, yang kini dibimbing oleh beliau sebagai jurulatih. Kelab berkenaan hanya menerbitkan kenyataan itu pada Selasa.

Klose berkata : “Saya dan Messi sudah tentu pernah berhadapan di atas padang beberapa kali sebelum ini. Suasana sentiasa baik dan penuh rasa hormat. Namun, panggilan telefon ini merupakan kali pertama kami berbual panjang di luar arena bola sepak. Beliau juga berkata akan menghantar jersi yang ditandatanganinya kepada saya.” – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: Lapan pasukan terus memburu kejuaraan
Next: Onana terlepas baki saingan Piala Dunia akibat kecederaan ACL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.