Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sampaikan perkhidmatan efisien
  • TEMPATAN

Sampaikan perkhidmatan efisien

Utusan Sarawak 4 years ago
SELAMAT ULANG TAHUN… Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin (lima,kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun Ke-46 RTM Miri,semalam.

MIRI: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Miri perlu menambah baik peralatannya supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan kepada masyarakat.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata,  penambahbaikan itu perlu sejajar dengan Miri sebagai sebuah bandar raya pelancongan.

“Saya berharap agar kerajaan persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memberi keutamaan supaya stesen RTM Miri boleh dipertingkatkan dengan kemudahan yang mencukupi dan juga alat siaran yang moden selaras dengan peranannya sebagai sebuah badan penyiar negara agar dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan lagi kepada negara amnya dan Miri khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Ulang Tahun Ke-46 RTM Miri yang diadakan  di  Auditorium RTM miri  semalam.

Lee berharap cadangan penambahbaikan kemudahan RTM Miri dapat dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan datang.

Tambah beliau, RTM memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat khasnya berhubung dengan pelbagai dasar kerajaan dan juga pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Seperti mana umum sedia maklum bahawa dalam era teknologi maklumat sudah tentu sebagai sebuah badan penyiaran akan menghadapi cabaran menerusi media sosial.

“Setiap hari terdapat pelbagai maklumat yang kadang-kadang mengandungi maklumat palsu yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat.

“Oleh demikian RTM seperti juga media-media yang lain memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang tepat  kepada masyarakat, ” katanya.

Walaupun sambutan diadakan secara sederhana dalam norma baharu tetapi majlis ini diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard, SOP yang ketat.

RTM Miri telah memainkan peranan yang sangat penting khasnya di kawasan Bahagian Miri dalam menyiarkan dan menyampaikan maklumat masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman khasnya berhubung dengan pelbagai dasar kerajaan dan juga pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Antara program diadakan sempena Sambutan Ulangtahun Ke-46 ini ialah 46 Rentak , 46 Sinaran dan 46 Tabung.

46 Rentak ialah aktiviti yang melibatkan warga kerja RTM Miri untuk senaman ringan di perkarangan RTM Miri seawal 7.00 pagi diikuti oleh 46 Tabung – Kempen derma darah dengan kerjasama Kelab Sosial MiriFM dan Tabung Darah Hospital Miri di Auditorium RTM Miri.

Manakala ,46 Sinaran pula ialah sumbangan dari segi barang makanan daripada Kelab Sosial Mirifm kepada anggota polis sebagai petugas barisan hadapan bagi menghargai jerih payah mereka bertugas sepanjang pandemik covid 19 di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Hadir sama memeriahkan  majlis  ialah, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan , Datuk  Sebastian Ting, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr. Penguang Manggil, Ahli Parlimen  Sibuti Lukanisman Awang  Sauni, ADUN Telang Usan dan Pengurus Stesen RTM Miri, Lydia Paya Rinyud.

RTM Miri secara rasminya mula beroperasi di Utara Sarawak pada 02 September 1975.

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat DUN Lingga sumbang Bubur Asyura
Next: Premis perniagaan patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.